“Suara aku tangis tertawa, muzik yang menggetarkan”
“Lakonan aku dalam dunia aku sendiri adalah sebuah filem yang lengkap”
“Semua siaran dalam hidup ini, aku ada di dalam cuba korang tengok korang mesti ada sekali”
“Perjalanan hidup aku, cukup untuk dibuat NOVEL aku penulis karya kehidupan aku.”
“Sesuatu tidak digapai namun ia ada.”
- Saiful Zanawi –
“Ubah tidak senang?”
Bila bicara tentang sesuatu “kehidupan aku”
- siapa aku ?
- kenapa aku ?
- betulkah aku ?
- salahkah aku ?
- pastikah aku ?
- boleh atau tidak ?
Bicara jujurnya aku pada khilafnya aku untuk terus kenal siapa aku…terlalu banyak SOALAN dalam hidup aku yang aku PERSOALKAN sampai memberi PERSOALAN sehingga aku dapat jawapan ia MEMPERSOAL aku kembali dengan sejuta PERSOALAN yang aku tak pasti tetapi pastinya berakhir dengan TANDA SOAL di pengakhiran segala SOAL.
Sampai bila akan berlarutan segala ini, tiada guna menangis ketika aku sedih sedangkan aku boleh ketawa, tiada guna ketawa di kala aku gembira sedangkan aku menangis dalam diam.
“Kenapa awak menangis.”
“Saya tak tahu kenapa air mata saya mengalir, mungkin saya nampak sesuatu.”
“Sesuatu, awak ni pelik la.”
Aku berjalan dan tonton keliling tapi benarkah apa aku lihat dalam mencari hidup yang sepi, dan akhirnya aku mengerti satu perkara bukan DENDAM tapi HORMAT dan KASIH SAYANG pada diri sendiri SESUATU YANG BERMAKNA. aku ingat dan sentiasa akan ingat HORMAT dan KASIH SAYANG, sesuatu yang bermakna dalam hidup aku. Aku kecapi ini, semua kerana kamu yang aku panggil TEMAN.
Aku mengisi ruang-ruang hidup aku lagi, aku tak tahu dan aku rasa korang pun tak pasti benda ni tapi sering terjadi…kau suka dia, dia suka kau, tapi masing-masing ada pasangan…betul ke keputusan yang dibuat…tapi kadang-kadang kita perlu melepas sesuatu yang kita sayang tetapi bukan milik kita…kenapa nak mengharap tapi kenapa aku tak kejar untuk miliki dan kenapa aku lepaskan ia pergi…bodoh ke aku…korang sendiri nilai…bodoh ke korang kalau jadi macam aku…yang ini biar masyarakat yang menilai.
Jangan tanya kenapa benda ni terjadi tapi fikir kenapa ia terjadi…kusut sangat, boring, sakit hati semua ada kalau aku fikir semua ni…tapi…
“Arghhhhhhhhhhh…aku hipokrit.”
Korang semua tahu tak bila korang semua jadi HIPOKRIT dalam diri korang sendiri… dalam cari apa yang kita nak kena HIPOKRIT untuk kebaikan diri kita dan bukan orang lain…tapi jangan terlalu HIPOKRIT…pernah tak korang ubah hidup korang sebab seseorang…aku rasa mesti pernah, kalau tak pernah korang HIPOKRIT pada diri sendiri dan itu tidak baik…aku juga merasakan benda yang sama…penting ke untuk kita rasa benda ini semua, semua terletak pada diri kita samada penting atau tidak…kita sendiri menilai…sebab… “Kehidupan yang bahagia bukan di tonton pada betapa bahagianya kita tapi hanya nampak indah bila orang disekeliling kita bahagia disebabkan kita”…ini kata dari seorang teman yang mengajar aku tentang sesuatu dalam hidup. kejar hidup ini…
”LIHAT BELAKANG SUATU PENGERTIAN”
Apa pengertian yang hadir dari belakang? Adakah ia mengekori atau dia sentiasa di sisi? Kita tak pasti tapi adakalanya kita mengerti pengertian dalam diri yang ada di belakang. seiring dengan hari-hari yang aku jalan semua benda bermakna…aku jumpa sesuatu dan kadang-kadang tersangkut dalam hidup aku sendiri…mesti korang tak faham tapi itu kenyataan kenapa aku menyatakan sebegini…sebab semua itu berlaku pada semua orang termasuk aku.
Renungkanlah….
kejar apa yang perlu kamu kejar…
jangan menyesal pada kemudian hari…
“PUNGGUK RINDUKAN BULAN”
analisa diri…
berhak atau tidak…
kita tentukan…
dapat atau tidak…
KENYATAAN.
Merasai IMPIAN
Dalam…
MIMPI..
“Apa yang awak suka tentang sesuatu”
“Sesuatu”
“Saya tidak boleh mengejar pelangi, tapi menjadi sesuatu di sana untuk awak dan melihat. Mungkin?”
“Melihat saya dari sana, untuk apa…mungkin…merepek je.”
“Untuk awak dari saya kerana dia! Kerana dengan izinkannya saya melihat awak”
Sesuatu yang ditulis belum pasti dibaca. Faham atau tidak? Tetapi menonton dengan mata. Melihat sesuatu adakah kita pasti itu segalanya, baru bermula atau pengakhiran. Itu tidak sempurna kerana mata sering melihat sesuatu?
“Nadella, lihat sesuatu itu lihat dalam-dalam.”
“Lihat dalam-dalam?”
“Yup, kenal, fikir dan faham.”
“Kenapa aek…”
“Supaya tidak buat keputusan terburu-buru.”
Bila kita kenali, berfikir, dan fahami dengan nafsu kita kehilangan tapi dengan adanya akal kita masih ada.
“Senyum itu ajaib” dan aku melihat itu pada semua. Adakah senyum itu juga sesuatu?
“Saya suka lihat awak senyum.”
“Kenapa…?”
“Sebab saya tak pernah lihat senyum dari awak….. Pertama kali.”
“Perlu ker untuk awak lihat senyuman saya”
“Rasa-rasa awak.”
“Entah la…”
“Hahahahahahahahaha….”
Kalau kita senyum pada orang, manis itu harus ada kerana senyum itu itu ajaib. Menjadi penonton pada semua insan yang senyum, berbaloi rasanya dan kadang-kala aku rasa kelakar, malah aku kecewa dengan senyuman itu.
“Kenapa mesti saya?”
“Sebab saya suka.”
“Kenapa nak suka dekat saya.”
“Sebab saya sayang.”
“Dan kenapa nak….”
“Sayang pada awak, kerana awak adalah sesuatu. Saya tenang, selesa, dan bahagia dengan awak.”
“Sesuatu…”
“Yup, sesuatu yang saya tak pernah rasa selama saya hidup.”
“Saya perlu sendirian sekarang, tinggalkan saya.”
“Saya tinggalkan awak tapi fikir sedetik sayang tak awak pada saya.”
Tinggal persoalan dari seorang kepada seseorang yang sukar beri jawapan. Dan ada sesuatu di situ..sesuatu yang tidak pasti. Pergolakan jiwa bermula. Ketenangan mula di cari malah erti teman muncul dalam diri. Teman baik atau teman yang lebih baik.
“Saya dah tiada hubungan dengan dia.”
“Maksud?”
“Maksudnya saya seorangan sekarang.”
Kebahagiaan yang bermula ini sebenarnya kekecewaan pada diri. Kecewa yang amat sangat.
“Tapi…” sambung Farah.
“Tapi apa…” ingin tahu.
“Saya sudah jatuh cinta pada seseorang.”
“Siapa..?” Darlina menanti jawapan.
“Haikal…dia sangat memahami saya, sebelum ini saya tak sedar pun.”
“………..” diam membisu.
Darlina suka farah. Farah hanya kawan pada Darlina. Tapi untuk lebih…tidak mungkin…mereka sama.
“Tiada lagi yang kuharapkan
Tiada lagi yang kuimpikan
Biarkan aku sendiri tanpa
Dirimu.”
Lagu yang dialun juga mempunyai sesuatu yang sukar untuk kita miliki tapi senang untuk fahami.
“Kamu, kami tak dapat cuti.”
“Habis tu macamana, tak kira, nak jumpa kamu jugak.”
Kalau seorang mengharap mungkin seseorang yang lain itu juga mengharap. Tapi kalau terlalu mengharap apa jadinya negatif atau positif. Mengharapkan sebuah harapan seperti menanti bulan jatuh ke riba. Cuma belum pasti bila jadinya. Jangan mengingkari apa yang suara hati katakan. Kalau itu yang kamu rasa pergi untuknya. Percaya dan yakin pada diri. Luahkan.
“Kamu, kami keliru.”
“Keliru.”
“Yup.”
“Kenapa.”
“Entah la”
“Kamu, jangan tipu perasaan kamu, jangan mainkan hati kamu, kalau kamu yakin pada suara hati kamu. Kamu luahkan?”
Betapa sakitnya hati jika tidak dapat mengatakan tentang apa yang hati kita rasakan. sesuatu yang aku tak dapat katakan dihadapan seseorang yang aku sayang…betul-betul sayang?
“Kamu, saya sayang kamu.”. haruskah ungkapan ini diungkapkan dan ditelaah bersamanya yang dikasihi sejauh mana sayang itu. Kadang-kadang lelaki sanggup menjadi ‘PENGECUT’ hanya kerana satu ungkapan.
“Aku tak nak perasaan yang aku pendam selama 4 tahun berakhir dalam 4 saat.”
“Apa yang kau cakap ni aku tak faham.”
“Aku sayang kau.”
“Mengarut la…”
“Aku sayang kau dari form 5 lagi..Cuma aku tak tahu kenapa aku jadi pengecut depan kau.”
“Tapi….”
“Aku bagitau sebab nak kau tahu, bukan sebab nak kau terima aku. Cuma sekadar untuk kau tahu perasaan aku. Perasaan yang aku dah lama pendam ni. Dah tak larat dah nak pendam…aku dah sakit.”
“Terima kasih SAIFUL..tapi, aku kalau dah anggap seseorang tu kawan…aku akan anggap dia kawan sampai bila-bila.”
“…………..” senyap.
“Kenapa ni. Maaf la kalau apa yang aku cakap buat kau terasa.”
“Takde apa la…kita still kawankan.”
“Yup. Kawan sampai bila-bila.”
Bila berkawan pun ia akan menimbulkan sesuatu. Sesuatu sangat tapi bukan dapat ada rezeki dapat tapi kena berani la. Tapi lain pula bila kamu memiliki sebuah keluarga.
“Selamat malam sayang.”
“Papa, jangan la pergi lagi.”
“Tak tido lagi anak papa.”
“Teman la adik kat sini. Nanti adik dah tido. Papa keluar la.”
“Anak papa ni. ”
Status papa tunggal membuatkan aku amat menyayangi anak aku. Isteri aku memberi aku satu peninggalan yang amat berharga dalam hidup aku. Aku tetap sayang dia dan akan sayang dia selama-lamanya. Betul kata orang-orang tua anak mengeratkan kasih sayang antara suami dan isteri.
“Doktor, macamana keadaan isteri saya.”
“Tahniah, dapat anak perempuan.”
“Alhamdullillah. Isteri saya doktor.”
“Maafkan saya.?
“Arghhhhhhhhhhhhhhh….”
Dia pergi meninggalkan aku dengan hidupnya yang baru…anak aku…?
“Papa, adik pergi sekolah dulu ya.”
“Adik, nanti! Arini papa antar nak.”
“Betul ke ni papa.”
“Betul, balik pun papa jemput.”
“Papa janji.”
“Janji.”
“Okie. Tapi cepat la adik lambat nanti.”
“Jap. Papa nak ambil beg kejap.”
Senyuman dari anak aku cukup membuatkan aku teringat akan senyuman isteri aku. Senyuman mereka sama.
“Adik, papa dah siap jom pegi.”
“Papa, nanti! Duduk kat depan adik kejap.”
“Ada apa adik, tadi kata tak nak lambat.”
“Tali leher papa nie senget. Adik nak betulkan.”
Papa mana yang tak sayang anak, kalau dapat anak yang memahami, inilah apa yang isteri aku tinggal. Peninggalan yang takkan aku lupa sampai mati. Anak aku adalah sesuatu yang istimewa dari isteriku. Alangkah bahagianya dunia aku jika isteri ada bersama untuk menjaga keistimewaan ini. Aku rindukan isteriku.
Menunggu…menunggu..menunggu…sakit sangat kalau asyik nak tunggu. susah sangat ker nak sebut “awak, kami sibuk.?”… bukannya aku tak faham…aku dah besar? Pengharapan yang negatif bila seseorang itu mengharap tapi takde apa-apa. Saat itu, mesra sangat…aku tak nak ia cepat berlalu…aku nak ia terus jadi kenangan sebab ia buat aku rasa tenteram bila bersama kamu tapi kamu?
“Kamu nanti miskol saya, saya call balik.”
“Trut..trut..trut..”
“Kamu esok kamu kije kan. Maknanya kamu tak dapat la nak kuar dengan kami hari ini.”
“Kenapa kamu senyap?”
“Kamu saya cakap dengan kamu ni.”
“Kamu…?”
“………….” Senyap.
“Tut……………?” panggilan putus.
.
Menunggu lagi hingga aku tidak bisa untuk menunggu. Sampai saat yang mudah bagi aku, jauhkan diri. Aku dah kejar tapi bukan milik aku tentu aku tak dapat miliki. Untuk apa aku terus menunggu. Hidup aku bukan untuk menunggu tapi untuk terus kejar apa milik aku sehingga aku pasti ia bukan milik aku dan aku akan terus berhenti untuk mengejar sesuatu yang tidak pasti.
Aku pasti sesuatu itu berlaku juga dalam hidup kamu.
p/s : Jangan pernah lepaskan sesuatu yang kamu rasa milik kamu tetapi jangan pula kamu terlalu yakin yang sesuatu itu milik kamu. Kata kunci : BERUSAHA baru sesuatu itu milik kamu.
